Cukup 7 Kali Baca Surah ini Selepas Solat, Dijamin Allah Melepaskan Kesusahanmu


Surah Al-Insyirah atau Surah Alam Nasyrah adalah surah yang ke-94 dalam Al-Quran. Surah ini terdiri daripada 8 ayat dan termasuk dalam golongan surah-surah Makkiyah serta diturunkan sesudah Surah Adh-Dhuha. Perkataan Alam Nasyrah yang terdapat pada ayat pertama beerti - Bukankah Kami telah melapangkan. Surah Al-Insyirah adalah salah satu surah yang patut kita amalkan kerana banyak manfaat antaranya murah rezeki, hidup tenang, dilapangkan hati dan bahagia.
.
.
Kelebihan Surah Al-Insyirah
.
.
1) Nabi Muhammad SAW bersabda,"Barangsiapa membaca Surah Al-Insyirah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku". 
.
.
2) Barangsiapa membiasakan membaca Surah Al-Insyirah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.
.
.
3) Sesiapa yang membaca Surah Al-Insyirah nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.
.
.
4) Barangsiapa membaca Surah Al-Insyirah 9 kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.
.
.
5) Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyirah jadi wirid pada tiap-tiap lepas solat fardhu, nescaya hilang dukacitanya dan mengurniailah oleh Allah SWT akan rezekinya dengan beberapa banyak.
.
.
6) Siapa-siapa sentiasa banyak membaca Surah Al-Insyirah nescaya mudah mendapat rezekinya dan luas fikirannya, senang membuat sesuatu pekerjaan dan hilang daripadanya sifat malas.
.
.
7) Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyirah 7 kali pada tiap-tiap lepas sembahyang, nescaya terlepas daripadanya kesusahan dan mudah oleh Allah SWT akan rezekinya.
.
.
8) Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyirah 40 kali pada tiap-tiap lepas solat fardhu selama 7 hari berturut-turut nescaya Allah SWT menguniakan kekayaan kepadanya.
.
.

.
.
InsyaAllah semoga perkongsian ilmu yang sedikit ni akan dapat memberikan 1001 manfaat dan kebaikan kepada kita semua..
.
.
Jangan lupa LIKE & SHARE dengan kengkawan yer...
.
.
xoxo
Kak Nad

Comments

  1. Casinos Near Foxwoods Resort Casino, Foxwoods Resort
    Find casinos and other local gems across 통영 출장안마 North 여수 출장샵 America. We 이천 출장샵 have top picks for casinos and 의왕 출장마사지 hotels. Foxwoods Resort Casino. 3111 나주 출장안마 North 1,800-369-6000.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts